Jiran Hasni, Aunty Ratna yang sepatutnya pergi menonton wayang bersama kawannnya tiba tiba hilang. Mia yang asyik menonton TV di sebuah kedai mamak, ‘ternampak’ Aunty Ratna diikat dan diheret di kaca TV. Mia dan Hasni cuba menyiasat dan mendapati suami aunty Ratna, Shan mungkin tidak sebaik yang disangka. Dalam masa yang sama, Linda cuba buat Anika percaya Mia punya kuasa istimewa dan mahu membuat rawatan ‘hypnosis’ ke atas Mia untuk buktikan Mia bukan membayangkannya saja.