Linda temankan Mia berjumpa keluarga Tok Siddiq. Mia dikenalkan dengan Zilin, anak Tok Siddiq dan anak anaknya, Jehan dan Jes serta Tok Salmi, isteri Tok Siddiq. Zilin hairan macamana Mia boleh tahu tentang keluarga Meriam dan tidak Molin tetapi dia janji untuk pujuk Tok Siddiq menyerahkan dokumen itu pada Mia. Tok Siddiq enggan berikan kerana janji 15 tahun lalu. Dalam masa yang sama Mia ternampak suatu bayang yang menakutkannya di rumah Tok Siddiq. Jehan dan Jes buat rancangan tolong Mia dapatkan dokumen itu bila Tok Siddiq tiada di rumah. Manakala Tok Salmi memberitau ayahnya dia telah berjaya menemui waris Meriam yang mereka cari.